Thursday, May 29, 2008

Kursus Cendawan...


Sila klik dibawah untuk maklumat lebih lanjut:

Wednesday, May 28, 2008

Taklimat Cendawan



Satu taklimat cendawan akan diadakan secara percuma oleh encik Khairul Akmal pada setiap hari Jumaat di Meru Klang.

Taklimat ini akan mendedahkan mengenai cara-cara menanam cendawan dan juga perbezaan untuk berskala kecil dan komersial. Sebelum memulakan projek peserta akan diberi pendedahan mengenai pasaran cendawan di Malaysia. Jenis-jenis cendawan yang boleh dikomersialkan. Sebelum memulakan projek peserta juga diberi pendedahan mengenai modal yang diperlukan. Cara-cara menjimatkan modal permulaan sehingga 70% juga akan diberi penerangan.

Diakhir taklimat peserta akan dibawa untuk melihat cara menanam cendawan berskala kecil dan komersial. Peserta digalakkan untuk membawa buku nota dan juga kamera untuk mengabadikan memori-memori cendawan pada taklimat tersebut.

Sessi yang akan diterangkan secara ringkas adalah seperti berikut

  1. Teknik membuat beg media cendawan.
  2. Cara mengukus beg media cendawan
  3. Menyuntik benih cendawan
  4. Perbezaan peraman cendawan secara baring dan menegak
  5. Teknik memetik cendawan
  6. Penjagaan cendawan dan rumah cendawan
  7. Membuat rak cendawan
  8. Membuat rumah cendawan

Diakhir taklimat ini para peserta dapat menilai secara kasar samada mereka boleh memulakan projek cendawan atau tidak setelah mendapat informasi mengenai pasaran cendawan, modal memulakan projek, penanaman dan juga penjagaan cendawan.

Tuesday, April 15, 2008

Kursus cendawan


Ini adalah kursus cendawan yang menggunakan teknologi EM yang kali ke 22. Alhamdulillah setakat ini seramai lebih kurang 400 peserta telah menghadiri kursus tersebut. Tetapi apa yang menariknya, ramai yang telah melaksanakan projek ini selepas balik dari kursus. Lebih daripada 50% peserta kursus telahpun memulakan projek cendawan mereka samada berskala kecil, sederhana mahupun komersial. Tetapi yang pastinya masing-masing masih tak mampu menampung pasaran yang sedia ada. Maksudnya bekalan masih tak cukup walaupun dah besarkan projek mereka.

Ini adalah kerana kami telah mengubah beberapa modul dalam kursus cendawan yang biasa.kepada modul baru.


Ini adalah peserta kursus dari 2 Disember 2007 iaitu sessi yang ke 9. Kebanyakkan dari peserta kursus ini telah memulakan projek cendawan mereka. Purata adalah 60% ke 70% yang telah memulakan projek. Ada yang membuat secara part time iaitu hanya 1000 bongkah sahaja. Bermula dari dalam bilik sahaja dirumah mereka. Dan ada yang telah melebarkan sayap kearah komersial iaitu hingga ke 24,000 bongkah. Hubungan diantara peserta kursus dengan tenaga pengajar tidak tamat selepas kursus. Ramai yang datang balik untuk berbincang untuk memulakan projek mereka. Khidmat nasihat itu diberi percuma kepada peserta kursus sehingga mereka memulakan projek cendawan mereka.

Bilik kuliah yang lengkap dengan kerusi meja, projektor, white board, tandas, komputer dan dan kelengkapan lain.
(Peserta sedang menikmati juadah cendawan panggang Itali) Tempat lain tak dapat rasa.

Ini adalah peserta kursus saya yang paling muda.......bersemangat betul membuat bongkah. Sekarang ibu dan ayah adik ini akan memulakan projek komersial. Insyaallah

Latihan praktikal membuat bongkah bergrade A. Berat 90gram ke 1kg. Padat dan tinggi. Mereka juga diajar mengenai campuran habuk kayu, dedak dan kapur. Dan pada masa-masa tertentu nisbah campuran ditukar untuk mengelak kulat hijau, hitam atau oren.

Waktu rehat petang peserta menikmati juadah cendawan goreng Itali...memang sedap dari cendawan goreng yang lain.

Juadah ini hanya didapati di restoren-restoren Itali dan di Meru Klang

Inilah rupa cendawan Panggang Itali..rasanya enak macam Pizza.


Ramai yang menghadapi masalah cendawan mereka tidak keluar sekata.

Dikursus ini kami mengajar teknik membuang angin agar cendawan tumbuh sekata.

Teknik-teknik mengbungkus cendawan agar tahan sehingga 2 minggu. Biasanya cendawan hanya tahan 2 ke 3 hari.


Sekali petik dah 155 gram? Berat tu.... Apakah rahsia cendawan ini?..Kayo pakcik kalau semua keluar 155gram


Tanam Cendawan didepan rumah shj? Depan rumah teres pulak tu. Ripleys Believe it or Not…betul…. Kenapa? Tak percaya ker? Projek didepan rumah ini hanya menelan belanja lebih kurang RM 1200 sahaja. Masa yang diperlukan hanyalah 2 jam sehari. Projek ini boleh menjana pendapatan sebanyak Rm 700 ke Rm 900 sebulan selama 3 ke 4 bulan.

Penghantaran bongkah cendawan yang telah disuntik benih ke Teluk Intan Perak Sebanyak 3000 bongkah.

Penghantaran 3000 bongkah cendawan ke Sg Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor

Ramai peserta yang risau mengenai pemasaran. Jangan risau, kalau ada lebih, jual kat saya. Macam peserta diatas, mula-mula dia risau takut tak dapat jual cendawan dia. Bila dah start projek….tiba-tiba tak cukup bekalan siap nak beli 10kilogram cendawan dari saya. Dalam 1hari setengah dah habis jual 10 kilo. Hebat…tu. Sekarang beliau menambah bilangan bongkah dan akan memulakan projek membuat bongkah sendiri selepas begitu yakin dengan pasaran yang ada.


Tiga sahabat ni memulakan bisnis cili. Lepas tu mereka buat projek cendawan. Sekilo mereka jual RM12. Tapi memanjang tak cukup. Sampai ada pelanggan kena tunggu sebulan. Teruk sangat tu. Tapi bagus utk projek mereka. Sekarang mereka membesarkan projek ke 12,000 bongkah tanpa rasa risau kat siapa nak jual.

Friday, February 22, 2008

Testing lagi...

it's all about cendawan or mushroom

Friday, February 15, 2008

Testing...


Testing for cendawan's portal........