Thursday, May 26, 2011

Jalan-Jalan Cari Cendawan










Konsep "Mushroom Farm Day" ini diwujudkan kerana kami ingin berkongsi ilmu dan juga rahsia penanaman cendawan dengan orang ramai. Ramai yang meminati cendawan sebenarnya tetapi tidak tahu dimana ingin mendalami ilmu tersebut. Dengan adanya konsep ini kami boleh menyumbang ilmu-ilmu mengenai cendawan kepada masyarakat. Selain itu, cendawan adalah tanaman organik yang tiada lemak tetapi mengandungiprotein yang tinggi. Ianya adalah makanan yang berkhasiat dan boleh digunakan menghindari pelbagai jenis penyakit. Cendawan baik untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Dalam program agrotourism cendawan ini kami akan menumpukan kepada beberapa aspek keilmuan dan riadah. Diantaranya adalah seperti berikut:-

1. Lawatan ke Ladang Cendawan

2. “ Hands On” Dalam Proses Penanaman Cendawan

3. Jenis-Jenis Cendawan Yang Boleh Dimakan

4. Khasiat-Khasiat Cendawan

5. Penerangan Mengenai Penanaman Cendawan Dari Awal Hingga Akhir

6. Rahsia Mengoreng Cendawan yang Rangup

7. Berkongsi Resepi Cendawan

8 . Menikmati Produk Hiliran Cendawan

9. Cendawan Sebagai 1Kerjaya

10. Konsep Menanam Cendawan Di rumah (Bumi Hijau)

11 . Cenderahati seperti Beg Media Cendawan

Berikut adalah maklumat yang anda akan perolehi semasa berkunjung ke ladang cendawan kami. Diharap maklumat ini dapat dikongsi bersama dengan rakan-rakan yang lain.

Terdapat pelbagai specis cendawan diladang kami. Seperti:-

1. Cendawan Jerami Padi

2. Cendawan Tiram Kelabu

3. Cendawan Seri Pagi

4. Cendawan Black Jelly

5. Cendawan Mutiara

6. Cendawan Tiram Biru

7 Cendawan Berangan

0 comments: