Kami menyedia khidmat katering untuk cendawan goreng kepada warga sekitar Lembah Klang.
Hanya RM2.00 seorang sahaja
Mini Order 250 orang
Kalau ada yang ingin goreng sendiri boleh dapatkan Tepung Goreng Cendawan atau lebih dikenali sebagai "Tepung Magic" harga baru Rm 6.00 sebungkus.
Monday, August 29, 2011
Jamuan Hari Raya
Posted by cendawanblues at 5:52 AM 0 comments
Selamat Hari Raya
Cendawan Blues mengucapkan Selamat Hari Raya untuk semua rakan-rakan seperjuangan dan juga sesiapa yang melawati blog ini.
Posted by cendawanblues at 5:32 AM 0 comments
Tuesday, August 16, 2011
Kursus Industri Cendawan DI Klang

Menikmati sarapan pagi iaitu nasi lemak cendawan, menikmati air cendawan, memetik cendawan, membungkus cendawan, mempelajari penanaman specis-specis cendawan yang berlainan.
Posted by cendawanblues at 10:52 PM 0 comments
Saturday, June 11, 2011
Cendawan Sebagai 1Hobi/Sampingan/Kerjaya
1 Program Khidmat Masyarakat
Cendawan Sebagai 1Hobi/1Sampingan/1Kerjaya
Yuran : RM20.00 sahaja (Pengurusan Admin)
Lokasi : Ladang Cendawan Klang
Peserta :15-20 orang setiap sessi
Tempoh : 2 Hari
Hubungi Akmal : 017.637.2810 untuk keterangan lanjut
Posted by cendawanblues at 5:35 AM 0 comments
Wednesday, June 8, 2011
Thursday, May 26, 2011
Jalan-Jalan Cari Cendawan
Konsep "Mushroom Farm Day" ini diwujudkan kerana kami ingin berkongsi ilmu dan juga rahsia penanaman cendawan dengan orang ramai. Ramai yang meminati cendawan sebenarnya tetapi tidak tahu dimana ingin mendalami ilmu tersebut. Dengan adanya konsep ini kami boleh menyumbang ilmu-ilmu mengenai cendawan kepada masyarakat. Selain itu, cendawan adalah tanaman organik yang tiada lemak tetapi mengandungiprotein yang tinggi. Ianya adalah makanan yang berkhasiat dan boleh digunakan menghindari pelbagai jenis penyakit. Cendawan baik untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Dalam program agrotourism cendawan ini kami akan menumpukan kepada beberapa aspek keilmuan dan riadah. Diantaranya adalah seperti berikut:-
1. Lawatan ke Ladang Cendawan
2. “ Hands On” Dalam Proses Penanaman Cendawan
3. Jenis-Jenis Cendawan Yang Boleh Dimakan
4. Khasiat-Khasiat Cendawan
5. Penerangan Mengenai Penanaman Cendawan Dari Awal Hingga Akhir
6. Rahsia Mengoreng Cendawan yang Rangup
7. Berkongsi Resepi Cendawan
8 . Menikmati Produk Hiliran Cendawan
9. Cendawan Sebagai 1Kerjaya
10. Konsep Menanam Cendawan Di rumah (Bumi Hijau)
11 . Cenderahati seperti Beg Media Cendawan
Berikut adalah maklumat yang anda akan perolehi semasa berkunjung ke ladang cendawan kami. Diharap maklumat ini dapat dikongsi bersama dengan rakan-rakan yang lain.
Terdapat pelbagai specis cendawan diladang kami. Seperti:-
1. Cendawan Jerami Padi
2. Cendawan Tiram Kelabu
3. Cendawan Seri Pagi
4. Cendawan Black Jelly
5. Cendawan Mutiara
6. Cendawan Tiram Biru
7 Cendawan Berangan
Posted by cendawanblues at 7:25 PM 0 comments