Friday, June 26, 2009

Sipnosis Kursus Usahawan Cendawan Lanjutan-Penyakit & Perosak



Satu kursus cendawan mengenai bab penyakit & perosak telah diadakan buat pertama kalinya di Taman Pertanian Malaysia Shah Alam. Tujuan kami mengadakan kursus ini kerana terdapat ramai pengusaha yang telah mengalami kerugian beribu-ribu ringgit akibat kurangnya ilmu mengenai penyakit & perosak. Malah ramai juga yang telah bungkus projek mereka kerana gagal mengawal masalah penyakit dan perosak. Malah ada juga pengusaha yang telah mengeluarkan modal sebanyak 2 juta tetapi akhirnya tutup projek cendawan mereka. Oleh itu kursus ini adalah sangat penting untuk usahawan cendawan baru meskipun yang lama.

Puan Normah yang berpengalaman selama 30 tahun didalam industri cendawan telah berkongsi pengalaman beliau bersama 20 orang peserta kursus. Ada yang datang dari Perak, Pahang, Melaka dan juga Johor. Mula-mula Puan Normah berkenalan dengan peserta dan menyungkil masalah-masalah terkini yang dihadapi oleh pengusaha.

“Good Hygine Practice” adalah penting untuk susun atur kerja dan susun atur ruang diprojek cendawan. Kerana disitulah mulanya penyakit membiak. Walaupun tidak nampak pada mata kasar tetapi beribu-ribu kulat perosak dan penyakit mampu berterbangan. Puan Normah telah berkongsi dengan terperinci mengenai semua masalah penyakit iaitu dari kulat, bacteria dan juga virus. Ada yang boleh diatasi dan ada juga ada yang tidak boleh diatasi. Selepas itu masuk pula masalah serangga dan juga haiwan perosak. Kalau ada sarang labah-labah dirumah cendawan kita…biarkan. Kerana ia dapat membantu mengatasi masalah serangga lain.

Simple sahaja untuk mengatasi masalah cendawan ini. Jaga kebersihan. Dengar macam mudah tetapi kita kena memahami konsep kebersihan “microbiologi”. Itu yang susahnya. Kalau ada degree mikrobiologi senang ler faham. Maka kursus ini diterangkan secara panjang lebar mengenai konsep kebersihan. Jika ada pengusaha yang ada masalah penyakit perosak, insyaallah kami cuba membantu berbekalkan pengalaman dan juga maklumat daripada kursus ini.

Mushroom Killer istilah kulat hijau. Paling merbahaya. Disini kami mempelajari byk maklumat untuk mengatasi mushroom killer ini.

Bilik suntik pun perlu dijaga. Ruang yang negative dan juga ruang yang positif. Angin, pergerakan udara, cara basmi kuman sebelum masuk dan juga etika didalam bilik suntik.

Oleh itu jikalau ada sesiapa yang terlepas kursus ini bolehlah berdaftar segera untuk bulan Ogos akan datang. Seperti yang tertera di takwin diatas.

BTW..jom ramai-ramai pergi keKedah…tengok pengusaha cendawan lain. Kalau berminat nak pergi boleh hubungi cendawan blues. Jumpa anda dikedah.

Akmal Kharis

Cendawan Blues

Peserta Kursus...dari Pahang, Perak, Melaka, Johor,Selangor,

1 Malaysia..ada melayu, India dan juga Cina

Mesin Bagging 2 in 1. Dah siap padat. tak perlu hentak bagi padat. 2000 BMC sehari

Melihat Produk-Produk cendawan

0 comments: