Thursday, May 29, 2008

Kursus Cendawan...


Sila klik dibawah untuk maklumat lebih lanjut:

Wednesday, May 28, 2008

Taklimat Cendawan



Satu taklimat cendawan akan diadakan secara percuma oleh encik Khairul Akmal pada setiap hari Jumaat di Meru Klang.

Taklimat ini akan mendedahkan mengenai cara-cara menanam cendawan dan juga perbezaan untuk berskala kecil dan komersial. Sebelum memulakan projek peserta akan diberi pendedahan mengenai pasaran cendawan di Malaysia. Jenis-jenis cendawan yang boleh dikomersialkan. Sebelum memulakan projek peserta juga diberi pendedahan mengenai modal yang diperlukan. Cara-cara menjimatkan modal permulaan sehingga 70% juga akan diberi penerangan.

Diakhir taklimat peserta akan dibawa untuk melihat cara menanam cendawan berskala kecil dan komersial. Peserta digalakkan untuk membawa buku nota dan juga kamera untuk mengabadikan memori-memori cendawan pada taklimat tersebut.

Sessi yang akan diterangkan secara ringkas adalah seperti berikut

  1. Teknik membuat beg media cendawan.
  2. Cara mengukus beg media cendawan
  3. Menyuntik benih cendawan
  4. Perbezaan peraman cendawan secara baring dan menegak
  5. Teknik memetik cendawan
  6. Penjagaan cendawan dan rumah cendawan
  7. Membuat rak cendawan
  8. Membuat rumah cendawan

Diakhir taklimat ini para peserta dapat menilai secara kasar samada mereka boleh memulakan projek cendawan atau tidak setelah mendapat informasi mengenai pasaran cendawan, modal memulakan projek, penanaman dan juga penjagaan cendawan.